Sunday, July 25, 2010
PERTANDINGAN BLOG 2010 ENTRI-KESEMBILAN
Mengapa sesetengah pantang-larang masih lagi diamalkan sebilangan masyarakat Melayu?
Saya rasa sebilangan orang Melayu termasuk saya mahu membentuk identiti kita sebagai orang melayu.Kita tidak mahu budaya kita hilang begitu sahaja dengan alasan sekarang sudah moden.Generasi yang akan datang tidak akan mengetahui tentang budaya orang melayu dengan lebih mendalam jika budaya melayu kita hilang.Ada di antara kita mahu mendengar nasihat supaya mengelakkan daripada jatuh sakit atau mendapat kecelakaan.Pantang larang sebenarnya mengandungi pelajaran dan unsur-unsur moral.Semuanya untuk kebaikan kita.Dengan bantuan pantang-larang,kita boleh membentuk keperibadian yang menuju ke jalan yang baik.Saya rasa semua orang mahu menjadi seorang yang berguna satu hari nanti.
Saya rasa sebilangan orang Melayu termasuk saya mahu membentuk identiti kita sebagai orang melayu.Kita tidak mahu budaya kita hilang begitu sahaja dengan alasan sekarang sudah moden.Generasi yang akan datang tidak akan mengetahui tentang budaya orang melayu dengan lebih mendalam jika budaya melayu kita hilang.Ada di antara kita mahu mendengar nasihat supaya mengelakkan daripada jatuh sakit atau mendapat kecelakaan.Pantang larang sebenarnya mengandungi pelajaran dan unsur-unsur moral.Semuanya untuk kebaikan kita.Dengan bantuan pantang-larang,kita boleh membentuk keperibadian yang menuju ke jalan yang baik.Saya rasa semua orang mahu menjadi seorang yang berguna satu hari nanti.
PERTANDINGAN BLOG 2010 ENTRI-KELAPAN

Dilarang meninggalkan bayi seorang diri di dalam buaian
Inilah pantang larang saya yang terahkir.Pantang larang ini boleh digunakan oleh sesiapa sahaja yang sedang menjaga bayi termasuk saya.Memang tidak patut kalau kita tinggalkan bayi seorang diri di dalam buaian.Kecelakaan boleh berlaku kepada bayi itu kerana tidak ada orang yang menjaganya.Walau bagaimana pun terdesak,kita tidak boleh meninggal bayi seorang diri.Menurut orang tua,kalau kita meninggalkan bayi itu seorang,ditakuti ia diganggui makhluk-makhluk halus...mungkin mereka benar tetapi......
Falsafah sebalik semua ini ialah,seperti mana yang saya cakap,tidak mahu ada kecelakaan terjadi kepada bayi itu.Cuba kita semua berfikir........kalau muka bayi itu tertutup bantal,mesti bayi itu tidak boleh bernafas.Pantang larang ini dijadikan supaya semua bayi harus diawasi setiap masa.Saya tidak akan tinggalkan adik saya seorang diri.Seramnya.......TERIMA KASIH SEMUANYA KERANA TELAH MEMBACA PANTANG LARANG SAYA :)
PERTANDINGAN BLOG 2010 ENTRI-KETUJUH

Dilarang mengangkat kaki ketika meniarap.
Untuk kali ini,pantang larang ini digunakan untuk kanak-kanak.Kenapa kita tidak boleh meniarap?Salah ke? Agak membingungkan juga kerana apa salahnya kita semua membuat sebegitu.Apabila saya mendengar penjelasan daripada nenek saya dan buku pantang larang orang melayu,saya terperanjat......hendak tahu mengapa? Mestilah terperanjat.Siapa yang tidak terperanjat kalau tahu ibu mereka akan meninggal dunia kalau mereka membuat perbuatan itu?Menakutkannya...... :( tetapi semua ini dibuat untuk kebaikan kita semua.
Falsafah sebalik ini semua tidak begitu menakutkan.Ini hanya alasan untuk menakutkan kanak-kanak mungkin seperti saya juga.Sebenarnya kalau kita membuat begitu,nanti orang berfikir kita tidak mempunyai sopan-santun.Ahkirnya,ibu bapa akan disalahkan.Buat malu sahaja...........hmmm...apalagi kalau kita perempuan,mesti orang akan bercakap.Saya harus mendengar cakap orang tua supaya saya tidak akan malu... :D
Saturday, July 24, 2010
PERTANDINGAN BLOG 2010 ENTRI-KEENAM

Dilarang makan kepala ikan untuk kanak- kanak
Pada entri saya yang lepas,saya menceritakan tentang meletak bayi di atas lutut.Tidak begitu selamat sebenarnya.Pada entri saya yang kali ini,saya akan menceritakan tentang kanak-kanak.Mereka ada banyak pantang larang dan salah satu daripadanya ialah pada entri saya yang ketiga.....untuk entri yang ini,mereka tidak boleh makan kepala ikan. Saya termasuk di dalam kategori kanak-kanak ke?hehe....buat malu aje.Saya,yang sudah cukup besar pun,dimarah oleh ibu saya kalau saya makan.Ibu saya juga kata saya akan jadi bodoh kalau saya makan kepala ikan.Bodoh?takut juga saya.Sekarang saya tidak berani makan kepala ikan...
Tetapi rasional sebalik pantang larang ini mereka boleh tercekik apabila mereka makan kepala ikan.Apa yang saya tahu bahawa kepala ikan ada banyak tulang dan selalunya kanak-kanak termasuk saya juga tidak berhati-hati.Betulkan?
Friday, July 23, 2010
PERTANDINGAN BLOG 2010 ENTRI-KELIMA

Dilarang meletak bayi di atas lutut
Pada entri saya yang lepas,saya mencerita tentang pipi bayi yang semua sangat comel.Gambar yang ada pada entri yang lepas ialah gambar..............adik saya sebernanya.comel kan?Tetapi pada kali ini,saya akan terangkan tentang pantang larang ini.Kalau mengikut buku Pantang Larang Orang Melayu Tradisional,bayi itu akan mendapat sakit perut tetapi saya tidak percaya.Mengapa bayi sakit perut?Kita hanya meletak bayi itu di atas lutut kita.
Falsafah sebalik pantang larang ini ialah kalau kita letak bayi di atas lutut,bayi itu boleh jatuh kalau kita tidak pegang dengan betul.Kebanyakkan orang,termasuk saya, sangat cuai dan tidak berhati-hati.Mungkin di antara kita mahu bermain dengan adik-adik kita tetapi saya rasa ada banyak lagi cara untuk kita bermain.Setuju?Ada banyak mainan yang boleh kita gunakan.Saya rasa,orang tua membuat pantang larang seperti ini,supaya ibu bapa sentiasa berawas dan kecelakaan tidak akan berlaku.Pandai juga orang dahulu....
Gambar di atas didapati di google
Wednesday, July 14, 2010
PERTANDINGAN BLOG 2010 ENTRI-KEEMPAT

PANTANG LARANG KEDUA
Dilarang mencubit pipi bayi
Inilah patang larang saya yang kedua.Saya tertanya-tanya apabila saya mendengar pantang larang ini.Kenapa dilarang mencubit pipi bayi?Semua bayi sangat comel dan tidak sah kalau saya tidak mencubit pipinya....tetapi ibu saya marah saya apabila saya mencubit pipi adik saya :( Sedihnya hati saya.... Dia kata bahawa bayi tidak ada selera untuk makan.Takut pula saya apabila saya mendengar begitu.
Falsafah sebenarnya sebalik pantang larang ini ialah apabila kita mencubit pipi bayi,pipinya akan berasa sakit dan dia tidak akan makan kerana pipinya akan berasa sakit apabila dia mengunyah.Bayi itu mesti tidak akan makan kerana dia takut rasa sakit.
PERTANDINGAN BLOG 2010 ENTRI-KETIGA
PANTANG LARANG SATU
Dilarang memotong kuku pada waktu malam
Inilah patang larang pertama saya.Sebernanya saya tak faham mengapa kita tidak boleh memotong kuku.Bagaimana kalau kita terpaksa?seperti situasi dimana guru akan marah apabila kuku kita panjang.....tetapi orang dahulu kata,nanti pendek umur.Apabila kita memotong kuku pada waktu malam ialah sama seperti kita memotong umur kita sendiri.Agak kelakar tetapi saya rasa,mesti ada falsafah sebalik patang larang ini....
Falsafah yang saya dapat daripada nenek saya tentang pantang larang ini ialah pada waktu malam,suasana gelap sekali dan kita tidak begitu berwaspada pada waktu malam.Apabila kita tidak berwaspada,kita tidak akan memotong kuku dengan betul!Kita akan tercedera dan ahkirnya kita yang susah.Itulah mengapa orang tua suka menakutkan kita....tunggulah yang lain di entri-entri yang seterusnya.
Monday, July 12, 2010
PERTANDINGAN BLOG 2010 ENTRI-KEDUA

PATANG LARANG KANAK- KANAK DAN BAYI
Dalam entri pertama saya,saya telah mengatakan bahawa saya akan mencari lebih informasi tentang patang larang melayu.Pada mulanya saya bingung kerana pantang larang melayu begitu banyak sekali dan agak susah untuk saya memilihnya.Setelah saya membuat kajian,saya telah mengambil keputusan untuk mengfokuskan tentang pantang-larang kanak-kanak dan bayi.Video yang ada di bawah itu menunjukkan betapa pentingnya pantang-larang untuk kanak-kanak.Saya akan melanjutkan cerita saya pada entri saya yang akan datang... :)
Thursday, July 8, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)