Tuesday, February 28, 2012

Rempah Ratus

Sejarah menunjukkan bahawa rempah ratus selalu digunakan untuk mengubati seseorang atau sesuatu penyakit. Ia juga sumber tenaga dan bahan untuk menjaga kesihatan. Rempah ratus juga digunakan untuk menambah perisa dalam makanan dan penghias makanan. Rempah ratus juga terjadi seperti ini. Dahulu amalan perubatan belum maju dan orang dahulu menggunakan apa saja yang semula jadi untuk mengubati penyakit mereka. Selepas zaman ke zaman,barulah rempah ratus ini dijadikan sebagai perisa makanan.Ada dua jenis rempah ratus iaitu yang kering dan yang basah.




Rempah ratus ada banyak tetapi hanya lapan yang akan di ketengahkan.
Pertama ialah kulit kayu manis. Ia berasal daripada Sri Lanka dan digunakan untuk mengumis. Kulit kayu manis ini juga diguanakan sebagai serbuk. Kedua ialah buah pelaga.Walaupun buah pelaga untuk perisa makanan, ia juga boleh dibuat teh. yang ketiga ialah ketumbar. Rempah ini berasal daripada Eropah Selatan,Afrika Utara dan Asia barat. Rempah-rempah ini boleh digunakan dalam masakan kari dengan mengumis. Harga pasaran ialah $1 untuk paket yang tidak terlalu besar. Yang keempat ialah jintan manis. Harga pasaran juga $1 untuk satu paket.Jintan manis ini boleh digunakan dalam masakan rendang ayan atau daging. Semua empah ratus yang telah dikatakan ialah bahagian kering.

Bahagian yang basah ialah seperti berikut. Pertama ialah bunga kantan. Bunga ini boleh digunakan sebagai hiasan atau dalam masakan melayu seperti laksa. Harga pasaran ialah $1 untuk sekuntum bunga kantan. Kedua ialah lengkuas. Lengkuas selalu digunakan dalan Asia Tenggara. Rupanya hampir sama dengan halia. Lengkuas selalu digunakan dalam masakan pedas seperti laksa penang. Harga pasarannya ialah 3-4 batang untuk $0.70 ataupun lebih.Ketiga ialah daun salam. Daun salam juga boleh digunakan sebagai ubat. Ia digunakan dalam masakan lemak untuk lontong. Yang keempat ialah daun pandan. Harga pasarannya ialah $1 untuk 3-4 batang. Itulah beberapa rempah retus yang telah diketengahkan.



Sunday, July 25, 2010

PERTANDINGAN BLOG 2010 ENTRI-SEPULUH


              Make your own widget at Blixy.com!


Apabila saya membuat blog ini,saya menghadapi beberapa masalah tetapi boleh diselesaikan.Setelah saya tahu bahawa saya akan mengambil bahagian dalam pertandingan ini,saya cuba dapat sebanyak informasi yang saya boleh cari.Pertama,saya mula bertanya kepada nenek saya tetapi nenek saya selalu sibuk dan tidak selalu berada di rumah.Akhirnya,saya dapat juga informasi yang saya mahu.Kedua,di dalam internet,mereka tidak memberitahu falsafah atau rasional sebalik pantang-larang kanak-kanak dan bayi.Saya cuba mencari buku di perpustakaan berdekatan dengan sekolah saya tetapi mereka tidak ada.Apabila saya mengetahui bahawa buku itu ada di perpustakaan berdekatan dengan rumah saya,saya cuba mendapatkannya.Nasib saya malang kerana buku itu sudah dipinjam.

Saya hanya mendapat buku itu pada beberapa hari sebelum 26 July.Saya cuba untuk menyelesaikan entri-entri saya.Pada masa yang sama,saya tidak mempunyai banyak masa tetapi saya cuba.Tetapi saya juga mendapat faedah membuat ini.Saya lebih pintar dalam pantang-larang orang melayu dan mengetahui bahawa hidup kita akan lain kalau pantang-larang tidak ada.Saya mendapat lebih pengetahuan tentang budaya melayu. :) TERIMA KASIH kerana membaca blog saya ini.Maaf kalau blog saya tidak begitu cantik...

PERTANDINGAN BLOG 2010 ENTRI-KESEMBILAN

Mengapa sesetengah pantang-larang masih lagi diamalkan sebilangan masyarakat Melayu?

Saya rasa sebilangan orang Melayu termasuk saya mahu membentuk identiti kita sebagai orang melayu.Kita tidak mahu budaya kita hilang begitu sahaja dengan alasan sekarang sudah moden.Generasi yang akan datang tidak akan mengetahui tentang budaya orang melayu dengan lebih mendalam jika budaya melayu kita hilang.Ada di antara kita mahu mendengar nasihat supaya mengelakkan daripada jatuh sakit atau mendapat kecelakaan.Pantang larang sebenarnya mengandungi pelajaran dan unsur-unsur moral.Semuanya untuk kebaikan kita.Dengan bantuan pantang-larang,kita boleh membentuk keperibadian yang menuju ke jalan yang baik.Saya rasa semua orang mahu menjadi seorang yang berguna satu hari nanti.

PERTANDINGAN BLOG 2010 ENTRI-KELAPAN


PANTANG LARANG KEENAM
Dilarang meninggalkan bayi seorang diri di dalam buaian
Inilah pantang larang saya yang terahkir.Pantang larang ini boleh digunakan oleh sesiapa sahaja yang sedang menjaga bayi termasuk saya.Memang tidak patut kalau kita tinggalkan bayi seorang diri di dalam buaian.Kecelakaan boleh berlaku kepada bayi itu kerana tidak ada orang yang menjaganya.Walau bagaimana pun terdesak,kita tidak boleh meninggal bayi seorang diri.Menurut orang tua,kalau kita meninggalkan bayi itu seorang,ditakuti ia diganggui makhluk-makhluk halus...mungkin mereka benar tetapi......

Falsafah sebalik semua ini ialah,seperti mana yang saya cakap,tidak mahu ada kecelakaan terjadi kepada bayi itu.Cuba kita semua berfikir........kalau muka bayi itu tertutup bantal,mesti bayi itu tidak boleh bernafas.Pantang larang ini dijadikan supaya semua bayi harus diawasi setiap masa.Saya tidak akan tinggalkan adik saya seorang diri.Seramnya.......TERIMA KASIH SEMUANYA KERANA TELAH MEMBACA PANTANG LARANG SAYA :)

PERTANDINGAN BLOG 2010 ENTRI-KETUJUH

PANTANG LARANG KELIMA
Dilarang mengangkat kaki ketika meniarap.
Untuk kali ini,pantang larang ini digunakan untuk kanak-kanak.Kenapa kita tidak boleh meniarap?Salah ke? Agak membingungkan juga kerana apa salahnya kita semua membuat sebegitu.Apabila saya mendengar penjelasan daripada nenek saya dan buku pantang larang orang melayu,saya terperanjat......hendak tahu mengapa? Mestilah terperanjat.Siapa yang tidak terperanjat kalau tahu ibu mereka akan meninggal dunia kalau mereka membuat perbuatan itu?Menakutkannya...... :( tetapi semua ini dibuat untuk kebaikan kita semua.
Falsafah sebalik ini semua tidak begitu menakutkan.Ini hanya alasan untuk menakutkan kanak-kanak mungkin seperti saya juga.Sebenarnya kalau kita membuat begitu,nanti orang berfikir kita tidak mempunyai sopan-santun.Ahkirnya,ibu bapa akan disalahkan.Buat malu sahaja...........hmmm...apalagi kalau kita perempuan,mesti orang akan bercakap.Saya harus mendengar cakap orang tua supaya saya tidak akan malu... :D

Saturday, July 24, 2010

PERTANDINGAN BLOG 2010 ENTRI-KEENAM

Pantang Larang Keempat
Dilarang makan kepala ikan untuk kanak- kanak

Pada entri saya yang lepas,saya menceritakan tentang meletak bayi di atas lutut.Tidak begitu selamat sebenarnya.Pada entri saya yang kali ini,saya akan menceritakan tentang kanak-kanak.Mereka ada banyak pantang larang dan salah satu daripadanya ialah pada entri saya yang ketiga.....untuk entri yang ini,mereka tidak boleh makan kepala ikan. Saya termasuk di dalam kategori kanak-kanak ke?hehe....buat malu aje.Saya,yang sudah cukup besar pun,dimarah oleh ibu saya kalau saya makan.Ibu saya juga kata saya akan jadi bodoh kalau saya makan kepala ikan.Bodoh?takut juga saya.Sekarang saya tidak berani makan kepala ikan...

Tetapi rasional sebalik pantang larang ini mereka boleh tercekik apabila mereka makan kepala ikan.Apa yang saya tahu bahawa kepala ikan ada banyak tulang dan selalunya kanak-kanak termasuk saya juga tidak berhati-hati.Betulkan?

Friday, July 23, 2010

PERTANDINGAN BLOG 2010 ENTRI-KELIMA

Pantang larang ketiga
Dilarang meletak bayi di atas lutut

Pada entri saya yang lepas,saya mencerita tentang pipi bayi yang semua sangat comel.Gambar yang ada pada entri yang lepas ialah gambar..............adik saya sebernanya.comel kan?Tetapi pada kali ini,saya akan terangkan tentang pantang larang ini.Kalau mengikut buku Pantang Larang Orang Melayu Tradisional,bayi itu akan mendapat sakit perut tetapi saya tidak percaya.Mengapa bayi sakit perut?Kita hanya meletak bayi itu di atas lutut kita.

Falsafah sebalik pantang larang ini ialah kalau kita letak bayi di atas lutut,bayi itu boleh jatuh kalau kita tidak pegang dengan betul.Kebanyakkan orang,termasuk saya, sangat cuai dan tidak berhati-hati.Mungkin di antara kita mahu bermain dengan adik-adik kita tetapi saya rasa ada banyak lagi cara untuk kita bermain.Setuju?Ada banyak mainan yang boleh kita gunakan.Saya rasa,orang tua membuat pantang larang seperti ini,supaya ibu bapa sentiasa berawas dan kecelakaan tidak akan berlaku.Pandai juga orang dahulu....



Gambar di atas didapati di google